Category Archives: Aafiyat lifestyle

Categories Aafiyat lifestyle

JUS DELIMA PELINDUNG OTAK BAYI

JUS DELIMA PELINDUNG OTAK BAYI 👶🏻
.
.
🔬 Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran.
.
.
😍 Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat.
.
.
👨‍⚕Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.
.
.
🏫 Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplement yang mempunyai asid folik setiap hari.
.
.
Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi 👶🏻
.
.
📝 Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
.
.
“.. Kesihatan Pada Setiap Titisan .”
.
.
#JusDelima
#LindungiOtakBayi

Categories Aafiyat lifestyle

Madu + Ari Sejuk

4 cara pengambilan madu memberi 4 kesan berbeza

1. Antivirus
2. Antibiotik
3. Antioxidant
4. Anti-radang (boleh jadi pain killer)

Bergantung kepada apa keperluan kita waktu tu, pengambilan/cara makan menentukan manfaat yang akan kita peroleh.

Ia sepadan dengan kisah bagaimana seorang lelaki yang datang kepada Baginda Rasulullah (baca selawat) kerana sakit perut. Pergi & datang sebanyak 4 kali baru ok.

Ia simbolik kepada cara madu tersebut diambil memberikan kesan yang berbeza. Subhanallah, Mahasuci Allah Tuhan sekalian alam.

Categories Aafiyat lifestyle

Halal + Toyyib

Sihat.

Untuk kesihatan berpanjangan , jaga 2 perkara :
1. Pemakanan sihat
2. Gaya hidup aktif.
_________

1. Pemakanan sihat perlu ada halal + toyyib.
Jika halal tapi tidak toyyib , elakkan.
Contoh halal tapi tidak toyyib :
a. Air bergas , ada cop halal tapi kandungan gula yang tinggi melebihi keperluan badan , hanya memenuhi kemahuan diri, perlu dielakkan kerana ia halal tapi tidak toyyib.

b. Makanan yang halal dan toyyib tapi makan sampai terlalu kenyang , maka ianya tidak menjadi baik. Kerana kekenyangan antara akar masalah penyakit. Imam Ghazali menyebut dalam bahagian berkaitan makan minum dalam kitabnya ihya ulumuddin antara bid’ah yang muncul selepas kewafatan Nabi sollallahu alaihi wasallam adalah manusia makan sehingga kekenyangan.

C. Memahami apakah makanan yang halal lagi toyyib dan waktu ketika serta berapa banyak kita perlu makan adalah kewajiban yang perlu difahami oleh setiap mereka yang ingin menjaga kesihatan dirinya, mencegah dari penyakit berbahaya, merawat orang sakit agar kembali kesembuhan dan kesihatannya.

d. Hidup pada zaman moden, lebih perlu memahami dan membezakan makanan sebenar dan makanan sampah kerana beza sebenar antara keduanya umpama air jernih dan air kumbahan.

Dengan teknologi , najis boleh diproses menjadi mee yang cantik paras rupanya menyebabkan manusia tertipu. Maka keperluan membezakan antara keduanya perlu bagi menjamin kesihatan berpanjangan bukan keenakan sementara dan sakit berpanjangan.

2. Gaya hidup aktif.

Ambil masa satu hari sekurang-kurang ada waktu untuk bersenam. Senaman paling mudah bagi orang yang sihat untuk kekal sihat adalah berjalan kaki 30 minit . Boleh ditingkatkan pada berjogging , berbasikal , berenang dan lain-lain memberikan manfaat pada badan.

__________
خير الناس من طال عمره وحسن عمله
Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya.

خير الناس انفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang paling memberi manfaat pada manusia.

Dr MS

Sebarang pertanyaan?

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami melalui Whatsapp.

Customer Support

Admin

Online

Admin

Hi, What can i do for you? 00.00