Description
Cengkeh dengan nama saintifik “Syzygium aromaticum” merupakan tanaman yang mempunyai pelbagai manfaat. Cengkeh membantu melegakan rasa loya, muntah-muntah, sakit perut, kekejangan otot, sakit gigi dan beberapa penyakit lain serta menggalakkan kesihatan penghadaman. Jesteru itu, cengkeh antara bahan yang dicampur dalam pembuatan tembakau, sebagai rempah masakan, kek, biskut, minuman, ubat gigi, sabun, shampoo dan pelbagai lagi. Ini kerana cengkeh mengandungi Eugenol, yang digunakan sebagai antiseptic tambahan pada bahan-bahan kecantikan dan ubat-ubatan.